PERTANIAN YANG BERHAMPIRAN DI PUSAT INTERNET KAMPUNG PENGKALAN BARU
1. Aktiviti ekonomi utama ialah menyawit, menggetah
Pada asalnya iaitu sebelum penerokaan bijih timah dijalankan, Sungai Raia merupakan sebuah sungai yang besar dan dalam sesuai dengan namanya Sungai Raia. Oleh kerana aktiviti perlombongan bijih timah yang telah dijalankan hingga ke hulu Sungai Raia berdekatan Tanah Tinggi Kinta, membuatkan sungai ini menjadi cetek dan sempit. Di sepanjang tebing Sungai Raia ini terdapat banyak kampung-kampung tradisional Melayu seperti Kampung Nangka, Kampung Pengkalan dan seberapa banyak kampung yang telah pupus akibat krisis perlombongan ini. Terdapat satu pengkalan sungai yang amat penting di tebing Sungai Raia (di lokasi dalam bulatan) dan penduduk sekitar pengkalan itu menamakan kampung mereka sebagai Kampung Pengkalan. Apabila Toh Sadewa sampai sekitar 1800 ke daerah ini, beliau telah mendapat hak perlombongan bijih timah di sepanjang Sungai Raia. Beliau telah membuat petempatan baru yang dipanggil Kampung Kepayang. Semua penduduk kampung telah dipindahkan ke satu petempatan baru iaitu di salah satu tanah miliknya ke baruh sebuah kampung purba iaitu Kampung Telaga Tujuh dan Cangkat Mengkudu (kini Kampung Telaga Tujuh telah menjadi sebuah tasik yang amat besar kesan perlombongan bijih timah menggunakan kapal korek manakala Kampung Cangkat Mengkudu menjadi tapak perkuburan Pengkalan Baru dan kawasan perladangan kelapa sawit dan getah) lalu dinamakan Kampung Pengkalan Baru. Beliau dengan murah hati telah mewakafkan sebahagian tanahnya (secara lisan sahaja) untuk dibina sekolah yang dikenali sebagai SK. Pengkalan Baru dan sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Pengkalan Baru yang kini diberi nama baru, Masjid Ar Rahmaniah, Pengkalan Baru. Kini, waris kepada Toh Sadewa telah menjual tanah datuknya kepada orang Cina dan Benggali menyebabkan status tapak sekolah dan masjid menjadi bermasalah. Kesan tiada motivasi penduduk serta ketua kampung yang lemah menyebabkan kampung ini kian malap. Lokasi asal Kampung Pengkalan telah dibangunkan sebuah taman perumahan yang diberi nama Taman Perumahan Mesra Raia.



