
NADI Kesejahteraan, yang dikenali sebagai REACH JOM SARING, bertujuan memupuk amalan pencegahan dan pengesanan awal penyakit dalam kalangan komuniti sekitar NADI.
Antara objektif utama NADI Kesejahteraan Kendiri adalah untuk memperkasakan komuniti untuk menjaga kesihatan mereka. Melalui inisiatif REACH, pasukan perubatan akan berada di NADI untuk membuat saringan kesihatan secara percuma untuk ahli NADI. Setiap NADI yang terlibat digalakkan untuk mempromosi inisiatif saringan kesihatan ini kepada komuniti masing-masing terutamanya mereka yang berada lingkungan 3- 5 km dari premis NADI.
Bersama ini disertakan Jadual REACH Sarawak bagi bulan Julai 2025.
Bagi membincangkan maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan dan logistik program ini, dijemput semua petugas NADI yang terlibat untuk menghadiri taklimat di atas talian seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: Selasa, 1 July 2025
🕘 Masa: [3.00 Petang – 3.45 Petang]
🔗 Pautan Taklimat : Taklimat REACH Sarawak Julai 2025 https://meet.google.com/sat-khpa-pbt
Sokongan padu daripada tuan/puan amat penting bagi menjayakan inisiatif kesihatan ini demi kesejahteraan komuniti kita untuk kekal sihat dan sejahtera.