Pusat Ekonomi Digital Kg Pengkalan Baru mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet dengan tujuan untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Melalui penubuhan PUSAT EKONOMI DIGITAL, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI). Di samping dapat meningkatkan taraf sosial dan ekonomi komuniti setempat, penubuhan pusat ekonomi digital juga bertujuan untuk meningkatkan tahap intelektual dan kemahiran masyarakat penduduk luar bandar melalui kemudahan penyediaan peralatan IT dan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan.
Latar Belakang PEDi Kg Pengkalan Baru
Latar Belakang Penyelia PEDi Kg Pengkalan Baru

Latar Belakang Perkhidmatan PEDi Kg Pengkalan Baru

Laman Sesawang PEDi Kg Pengkalan Baru

Statistik Pengguna PEDi Kg Pengkalan Baru

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang sedang beroperasi

